Ahad, 31 Ogos 2014


Tajuk:                       
Aplikasi Teknik  Titu Menggunakan Buku Tulis Garis Satu bagi Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Mekanis dalam  Kalangan Murid Tahun 3 Meranti.

Pendahuluan

Penulisan merupakan komponen yang penting dalam kurikulum bahasa Melayu. Sistem pentaksiran bahasa Melayu sekolah rendah yang diguna pakai sekarang merupakan sejenis ujian kertas-pensel yang memerlukan calon menguasai kemahiran menulis dengan menggunakan alat tulis. Ujian ini terbahagi kepada dua kertas iaitu kertas Pemahaman Bahasa Melayu dan kertas Penulisan Bahasa Melayu di mana kertas pemahaman mengandungi 40 soalan objektif manakala kertas penulisan mengandungi tiga soalan subjektif yang  memerlukan calon memberi jawapan dalam bentuk ayat atau karangan dengan tulisan sendiri. Di dalam konteks ini , kemahiran menulis sebagai penentu kepada kecemerlangan setiap murid di dalam peperiksaan tidak dapat dinafikan.
Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh setiap orang murid kerana penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis akan membolehkan mereka melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan  bagi menjana idea untuk mengarang jawapan berbentuk esei ini. Penguasaan terhadap kemahiran menulis memerlukan bimbingan dan latihan yang khusus kerana kemahiran menulis adalah lebih kompleks daripada kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca.
Murid-murid perlu diasuh untuk menguasai tiga peringkat kemahiran menulis iaitu pratulisan, tulisan mekanis  serta peringkat pelahiran mental atau menulis dan mengarang dengan memberikan latihan asas menulis yang cukup kukuh untuk membolehkan mereka menulis dengan baik , cekap dan pantas. Murid-murid yang tidak dapat menguasai ketiga-tiga peringkat kemahiran menulis ini akan menghadapi masalah untuk menterjemah idea dan fikiran mereka dalam bentuk tulisan sebagai menepati kehendak soalan ujian berbentuk subjektif ini.
Kelemahan menguasai kemahiran menulis ini akan menjejaskan keupayaan murid menghasilkan satu bentuk karangan yang sempurna dan tersusun.  Mereka juga akan menjadi cepat bosan serta tidak mempunyai semangat untuk menjawab soalan peperiksaan. Masalah ini jika tidak ditangani dengan serius akan mengakibatkan murid bersikap sambil lewa terhadap pelajaran. dan seterusnya akan gagal dalam peperiksaan.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya adalah seorang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Jati, Ipoh. Saya telah memulakan tugas di sekolah tersebut pada bulan Jun tahun 2011. Pada tahun ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar bahasa Inggeris Tahun 3 Meranti yang menempatkan 36 orang murid berpencapaian paling rendah dalam kalangan murid tahun 3. Sebagai seorang guru bahasa Inggeris, saya memang sangat tidak berpuas hati dengan hasil tulisan murid-murid  tahun 3 Meranti. Namun begitu, untuk tujuan kajian tindakan saya tidak boleh menjadikan pencapaian murid di dalam mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai kayu ukur yang menjadi asas kepada kajian saya.
 Oleh itu, apabila saja tugasan Kajian Tindakan Bahasa Melayu ini diterima, saya berdepan dengan satu dilema. Bagaimana hendak membuat kajian tindakan terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sedangkan saya mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris? Persoalan ini cuba saya leraikan melalui perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah agar memberi peluang kepada saya untuk mengajar bahasa Melayu bagi membolehkan saya menjalankan kajian tindakan. Pihak pentadbir menolak permohonan saya kerana saya adalah seorang guru jurusan bahasa Inggeris dan bukan  seorang guru pelatih yang menjalani latihan mengajar.
Dilema ini benar-benar mencabar dan memaksa saya terus mendesak pihak pentadbir membenarkan saya mengajar bahasa Melayu walau dengan apa cara sekalipun agar saya dapat membuat kajian tindakan sebagai sebahagian daripada syarat untuk melengkapkan kursus Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah yang sedang saya ikuti. Setelah dua minggu berurusan dengan pihak pentadbir dan guru-guru bahasa Melayu sekolah tersebut, akhirnya kata sepakat dicapai di mana guru bahasa Melayu tahun 3 Meranti membenarkan saya mengambil alih waktunya untuk mengajar bahasa Melayu apabila perlu sahaja. Saya telah bersetuju untuk mengajar bahasa Melayu selama satu jam seminggu sebagai memulakan langkah untuk membuat kertas cadangan kajian tindakan.
Saya telah membuat persediaan yang rapi seperti yang dibuat oleh kebanyakan guru pelatih untuk mengajar bahasa Melayu. Rancangan pengajaran dan pembelajaran juga saya buat dengan panjang lebar bagi memastikan langkah-langkah pengajaran saya menepati objektif pengajaran agar hasil kerja murid menepati situasi pengajaran dan pembelajaran yang  sebenarnya. Semasa mengajar bahasa Melayu, saya juga telah meminta guru mata pelajaran tersebut untuk memerhati pengajaran saya. Setelah itu, saya juga turut berbincang dengan beliau untuk mendapatkan respon yang mungkin boleh membantu saya dalam membuat kajian tindakan nanti. 
 Setelah melalui tiga sesi pengajaran dan pembelajaran saya dapati murid-murid tahun 3 Meranti mengambil masa yang sangat panjang untuk menyalin ayat tunggal yang diberi sebagai latihan di dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Setelah sebahagian kecil daripada mereka siap menyalin ayat tersebut , sebahagian besar pula masih merangkak untuk menyalin ayat-ayat tunggal tersebut. Setelah menyemak hasil kerja mereka, saya dapati tidak ada seorang murid pun yang dapat menyalin ayat-ayat tersebut dengan kemas, jelas dan mudah dibaca. Masalah yang dihadapi oleh mereka ialah tidak mahir menyalin ayat dengan betul di mana susunan huruf-huruf yang ditulis tidak mengikut saiz dan bentuk huruf yang betul. Mereka juga keliru dengan penggunaan huruf besar. Ada di antara murid-murid saya sangat keliru untuk menulis huruf kecil yang bentuknya sama atau hampir sama dengan huruf besar. Walau bagaimanapun, masalah utama yang menyebabkan mereka tidak dapat menyalin ayat-ayat tunggal yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan adalah kerana mereka tidak menguasai kemahiran menulis mekanis.

Andaian yang dapat saya buat ialah murid-murid ini tidak mendapat latihan menulis mekanis yang betul dan mantap di mana guru Bahasa Melayu yang mengajar mereka kurang menitikberatkan penguasaan kemahiran menulis mekanis semasa mereka berada di tahun satu dan di tahun dua. Saya bimbang sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan baik, murid-murid ini tidak akan dapat menulis dengan cekap, kemas dan betul yang pastinya akan menyebabkan mereka lambat menyalin ayat-ayat yang diberi. Masalah ini juga akan menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis yang kedua iaitu pelahiran mental yang sudah semestinya akan menjejaskan prestasi mereka di dalam ujian dan peperiksaan bagi mata pelajaran bahasa Melayu khasnya dan mata pelajaran yang lain amnya.
.
Sorotan Literatur/Tinjauan Literatur

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu  Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Kementerian Pelajaran  2003) memperincikan kemahiran menulis sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan seperti yang tersenarai di dalam objektifnya yang keempat iaitu mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif  dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.
 Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan berdasarkan penguasaan kemahiran mengikut tahap-tahapnya secara sistematis. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berhubung dengan kemahiran menulis ini di samping pendapat dari pengarang-pengarang buku ilmiah yang tersohor.


Menurut Chua Soon Bui ( 2008 ) Ujian Penapisan K1A2M pada bulan Januari 2008 memperlihatkan sebanyak 65.5% atau 28,700 murid tahun1 di Sabah tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis atau mengira. Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendedahkan  60% murid tahap satu di sekolah rendah seluruh negara masih belum menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis sehingga bulan Februari 2010.  Kedua-dua dapatan ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya masalah penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid sekolah rendah di Malaysia. Kajian seterusnya memperlihatkan pentingnya murid sekolah rendah menguasai kemahiran menulis. 
Menurut Noorazman Mahat ( 2012 ) murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Ahmad Khair Mohd Nor ( 2005) menyatakan bahawa dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca. Ini bertepatan dengan Faridah Serajul Haq dan rakan-rakan (2001) yang memetik bahawa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis juga perlu diberi perhatian bagi menjamin  kecemerlangan pencapaian penulisan dalam kalangan murid.
Dapatan kajian Che Zanariah, Fadzilah (2011) yang menganalisis sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis menyimpulkan bahawa sikap positif guru penting dalam usaha meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis. Dapatan ini disokong oleh kajian Jeyagobi Dhamoderem (2008) iaitu guru-guru mengambil berat tentang kemahiran menulis kerana ia merupakan salah satu aspek wajib dalam mengajar bahasa.
Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa isu penguasaan kemahiran menulis ini memang telah dan masih wujud dalam kalangan murid-murid di Malaysia. Oleh itu dalam usaha untuk menyelami isu ini, pendapat tokoh-tokoh pengarang buku ilmiah adalah sangat penting untuk membantu saya memahami dengan lebih mendalam kemahiran menulis agar dapat merancang satu bentuk kajian tindakan yang menepati keperluan murid-murid saya serta selaras dengan konsep dan tujuan pengajaran kemahiran menulis mekanis bagi murid-murid tahap satu sekolah rendah.   
Abdullah Hassan ( 2007 ) menyatakan dalam sistem komunikasi manusia, ada penutur dan ada pendengar. Ada penulis dan ada pembaca.  Oleh sebab itu, bahasa manusia dapat disalurkan melalui bunyi yang diujarkan atau dituliskan. Melalui saluran bunyi dan tulisan bahasa dapat disebarkan.
Kamus Dewan(2007) mendefinisikan  menulis sebagai mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena. Kamaruddin Hussin ( 1986) pula  mentakrifkan tulisan sebagai  bahasa dengan lambang-lambang bunyi. Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya.  Oleh itu, pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu.
Raminah Hj Sabran  (1991) meletakkan kemahiran menulis sebagai suatu kemahiran yang tertinggi yang memerlukan seseorang itu menerapkan beberapa subkemahiran seperti kemahiran mengenal dan menulis huruf-huruf dalam suatu himpunan perkataan, frasa atau ayat mengikut sistem tulisan dan sistem ejaan yang telah ditentukan oleh sesuatu bahasa. Raminah Hj Sabran (1991) turut memperjelaskan bahawa kemahiran menulis bukan sahaja memerlukan kemahiran mengenal pasti perbezaan dan mengingati bentuk, nama dan bunyi huruf-huruf tetapi juga memerlukan kesediaan otot jari-jemari tangan yang membolehkan seseorang kanak-kanak itu membentuk atau menulis huruf-huruf. Menurut beliau lagi, penilaian kemahiran menulis ‘mekanis’ bertujuan untuk mengukur kebolehan dan kecekapan murid dalam mengenal huruf-huruf yang terdapat di dalam sistem ejaan, membentuk huruf-huruf dan menggabungkannya  menjadi perkataan dengan tulisan yang jelas dan tepat. Raminah Hj Sabran (1991) turut menyarankan guru memberi perhatian terhadap ketepatan bentuk huruf, tanda-tanda bacaan,  penggunaan huruf-huruf kecil dan huruf besar dan kekemasan tulisan semasa memeriksa tulisan murid-murid.
  Kamarudin Hj Husin, Siti Hajar Hj Abd Aziz. (1997) turut menyentuh bahawa melalui aktiviti menulis , pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.
Pendapat tokoh-tokoh pengarang buku ilmiah ini meletakkan tulisan sebagai salah satu cabang bahasa yang sangat penting.  Tulisan lahir daripada bunyi-bunyi bermakna yang dilambangkan dengan simbol-simbol yang kemudiannya dinamakan huruf. Dengan adanya tulisan, bahasa dapat disebar luaskan dan menjadikan ia hidup dan berkembang. Tulisan juga menjadi salah satu medium komunikasi di seluruh dunia. Melalui tulisan, pelbagai ilmu dapat dipelajari dan dimanfaatkan untuk kemajuan dan peradaban bangsa.
Dapatan ini turut menjelaskan kedudukan kemahiran menulis sebagai kemahiran paling kompleks kerana ia memerlukan kematangan urat saraf yang mengawal otot jari dan tangan serta  menghasilkan penyelarasan di antara mata dengan tangan sebagai aset terpenting  kebolehan menulis.Kemahiran menulis menggabungkan kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca untuk membentuk simbol tulisan dalam bahasa yang turut melibatkan proses berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum menzahirkannya dalam bentuk wacana yang lengkap.
Menulis  adalah satu proses untuk memberikan simbol-simbol grafik kepada bunyi-bunyi yang bermakna bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang, mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun. Justeru setiap guru perlu memberi penekanan kepada kepentingan penilaian kemahiran menulis yang akan membantu mengenal pasti tahap pencapaian muridnya agar setiap proses kemahiran menulis dapat dikuasai oleh murid dengan sebaik mungkin.

Berdasarkan sorotan literatur yang telah dijalankan, saya yakin bahawa masalah penguasan kemahiran menulis mekanis bagi murid-murid tahun 3 Meranti bukan sahaja berpunca dari sikap mereka sendiri tetapi juga disebabkan oleh kurangnya penekanan guru dalam memastikan semua murid telah menguasai kemahiran pratulisan sebelum melangkah ke kemahiran menulis mekanis. Setelah murid berada di tahun 3, mereka sudah mula menggunakan kemahiran menulis peringkat yang tinggi iaitu pelahiran mental di mana mereka perlu membina ayat secara berpandu. Di tahap inilah, masalah mula timbul kerana murid bukan sahaja gagal untuk membina ayat malahan untuk menyalin ayat tunggal pun tidak dapat dilakukan dengan cekap, kemas dan betul. Adalah menjadi harapan saya, teknik Titu yang akan digunakan dalam kajian tindakan saya dapat membantu murid menulis dengan cekap, kemas dan betul menggunakan buku garis satu. Pengaplikasian teknik Titu  ini juga diharap akan dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis mekanis dalam kalangan murid tahun 3 Meranti ini agar murid menjadi lebih yakin dan tidak teragak-agak untuk menulis perkataan dan ayat dengan cekap, kemas dan betul semasa membuat latihan menulis.

Fokus Kajian

Semasa saya menjalankan rundingan dengan pihak pentadbir sekolah untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu bagi tujuan kajian tindakan ini, saya diberi kebenaran untuk memantau proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang dikendalikan oleh guru bahasa Melayu kelas 3 Meranti. Dalam tempoh  dua minggu memantau , saya juga telah berbincang dengan guru-guru bahasa Melayu tahun 3 di sekolah ini  berhubung gaya pembelajaran murid tahun 3 yang mempengaruhi kemajuan pelajaran. Dapatan perbincangan ini adalah seperti yang saya jangkakan, sangat berkait rapat dengan isu penguasaan kemahiran menulis mekanis yang ingin saya kaji.
Justeru, peluang mengajar selama satu jam seminggu itu saya manfaatkan sebaiknya dengan percubaan pertama mengajar bahasa Melayu. Saya membuat persediaan mengajar yang secukupnya dengan memberi fokus kepada kemahiran menulis kerana hasil pemantauan dan perbincangan saya dengan guru bahasa Melayu kelas 3 Meranti  mendapati murid-murid ini tidak dapat menyalin ayat dengan kemas dan teratur. Di samping itu, mereka juga tidak cekap menyalin perkataan dan kerap kali gagal menyiapkan latihan menyalin ayat yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan.
 Setelah proses pengajaran berjaya dilaksanakan, saya bertambah yakin bahawa murid-murid ini tidak menguasai kemahiran menulis mekanis dengan baik. Mereka boleh menyalin ayat, tetapi bentuk , saiz, kedudukan serta jarak huruf dalam perkataan tidak terkawal menyebabkan hasil penulisan mereka sukar dibaca. Kegagalan menguasai kemahiran menulis mekanis ini juga menyebabkan mereka mengambil masa yang terlalu panjang untuk menyalin perkataan sehingga menjadi ayat. Setelah dua minggu membuat pemantauan di samping mengajar bahasa Melayu selama dua jam, saya membuat kesimpulan bahawa murid-murid kelas tahun 3 Meranti ini mempunyai pelbagai masalah pembelajaran. Namun begitu, isu yang menjadi keperihatinan saya ialah penguasaan kemahiran menulis mekanis yang tidak mantap.
 Saya percaya ada cara yang boleh diguna pakai untuk membantu guru memperbaiki mutu pengajaran agar dapat membimbing murid menguasai kemahiran menulis mekanis dengan cekap. Walaupun terdapat  enam orang murid pemulihan  namun kesemua murid yang lain telah mengenal huruf dari a hingga z dan boleh menulis. Oleh itu, peluang untuk menambah baik kemahiran menulis mekanis murid-murid ini adalah cerah asalkan saya dapat memilih dan melaksanakan langkah yang betul, sesuai dan tepat di dalam kajian tindakan saya.
Saya perlu mengumpul data awal sebagai bahan bukti yang akan membantu saya dalam kajian di samping menyusun atur langkah-langkah untuk memperbaiki kemahiran menulis mekanis. Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid-murid semasa mereka sedang belajar bahasa Melayu selama dua minggu. Hasil tulisan mereka di dalam buku latihan telah saya semak  dan dikumpul sebagai bukti wujudnya masalah penulisan. Hasil penulisan murid-murid ini adalah sangat penting untuk membuat banding beza hasil penulisan murid sebelum , semasa dan selepas kajian tindakan dilaksanakan.

Objektif dan Persoalan Kajian

Objektif Umum
Kajian ini dirancang untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid tahun 3 Meranti agar dapat menulis perkataan dan ayat dengan betul, kemas dan cekap dalam masa yang ditetapkan oleh guru.
Objektif khusus
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:
1.    Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis mekanis murid  melalui kaedah tiru dan tulis berpandukan carta keluarga huruf .
2.    Meningkatkan keupayaan murid untuk menulis perkataan dan ayat dengan betul, kemas dan cekap dengan menggunakan lembaran kerja kertas garis satu.
3.    Membantu guru menambah baik amalan pengajaran untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran menulis mekanis dengan cekap.
Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan berikut :

2.    Bagaimanakah kaedah tiru dan tulis berpandukan carta keluarga huruf dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis mekanis murid-murid tahun 3 Meranti?[W72] 

Kumpulan Sasaran
Populasi kajian saya ini merujuk kepada murid-murid tahun 3 Meranti di Sekolah Kebangsaan Jati, Ipoh. Terdapat seramai 36 orang murid di dalam kelas tahun 3 Meranti yang terdiri daripada 24 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Terdapat 3 orang murid lelaki India di dalam kelas ini. Murid tahun 3 Meranti ini  dipilih kerana mereka merupakan kelas di mana pengkaji berpeluang  mengajar mata pelajaran bahasa Melayu bagi tujuan kajian tindakan ini. Murid-murid di dalam kelas ini mempunyai tahap kepintaran, sikap dan motivasi yang lebih kurang sama di mana mereka merupakan murid yang mempunyai pencapaian yang paling rendah dalam kalangan murid tahun 3 di sekolah ini  berdasarkan pencapaian peperiksaan akhir tahun 2011. Namun begitu, kesemua mereka sudah boleh membaca dan mengenal semua huruf-huruf abjad. Mereka sangat aktif apabila menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan terutamanya permainan bahasa.
Sampel kajian ini akan saya pilih secara rawak daripada 36 orang murid tahun 3 Meranti ini. Murid-murid  tahun 3 Meranti ini tinggal di kawasan perumahan kos rendah dan kos sederhana berhampiran dengan sekolah. Kebanyakan daripada mereka adalah dari golongan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana dan mereka datang ke sekolah dengan pelbagai cara termasuklah dengan berjalan kaki. Murid-murid ini mempunyai daya tumpuan terhadap pelajaran yang agak lemah.

Tindakan Yang Dicadangkan

Kajian tindakan ini akan saya mulakan dengan melakukan pemerhatian ke atas hasil kerja latihan menulis murid-murid tahun 3 Meranti untuk meninjau tahap penguasaan kemahiran menulis murid yang sebenar sebelum saya mula melaksanakan pengajaran menggunakan teknik  tiru dan tulis menggunakan buku tulis bergaris satu berpandukan carta keluarga huruf. Hasil pemerhatian ini akan saya analisis dan rekodkan untuk memudahkan saya membuat perbandingan terhadap perkembangan kemahiran menulis murid-murid tahun 3 Meranti sebelum, semasa dan selepas proses kajian tindakan dilaksanakan.
Setelah itu, saya akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan  mengaplikasikan teknik  tiru dan tulis semasa mengajar kemahiran menulis mekanis. Murid akan dilatih untuk menulis menggunakan buku garis satu berpandukan carta keluarga huruf yang akan saya bina dan pamerkan di dalam kelas sebagai pedoman kepada murid. Pengajaran ini akan saya rancang dengan baik agar panduan menulis berpandukan carta keluarga huruf dapat diberi kepada murid secara berperingkat supaya murid tidak keliru. Murid juga akan diberi latihan menulis perkataan , huruf dan ayat secara ansur maju  untuk memahirkan murid menulis  bentuk dan saiz huruf yang betul dengan cekap dan kemas.
Setelah sesi pengajaran berperingkat ini selesai, murid-murid akan diberi latihan menyalin ayat menggunakan petikan pendek yang terdapat di dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 untuk menilai perkembangan hasil tulisan murid setelah proses pengajaran dalam kajian tindakan ini berakhir. Kesemua dokumen-dokumen ini akan dianalisis.
Akhir sekali, saya akan meminta murid menjalani sesi soal-selidik. Murid-murid dikehendaki menjawab soalan di dalam kertas soal selidik berhubung program  yang telah mereka ikuti. Soal selidik ini juga adalah refleksi murid yang akan saya gunakan untuk menambah baik amalan pengajaran saya supaya mencapai tahap yang lebih baik lagi untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid.

Perancangan Tindakan
Bagi menjalankan kajian tindakan ini, saya telah merancang langkah-langkah yang perlu saya ambil untuk menangani isu yang telah saya kenal pasti di dalam beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran.



Langkah 1
Semasa mengajar kemahiran menulis, saya akan memperkenalkan keluarga huruf kepada murid dengan menggunakan carta keluarga huruf. Keluarga huruf ini saya bahagikan kepada tiga iaitu huruf pendek, huruf panjang ke atas dan huruf panjang ke bawah.

Carta keluarga huruf

*                  Huruf pendek                       :           a, c, e, o, s, m, n, u, v, w, x, z
*                  Huruf panjang ke atas        :           b, d, f, h, i, k, l, t
*                  Huruf panjang ke bawah   :           g, j, p, q, y

Murid akan dilatih mengenal huruf-huruf bagi setiap keluarga huruf ini melalui aktiviti menyusun huruf-huruf yang digunting daripada keratan akhbar untuk membentuk perkataan dan menampal huruf-huruf  tersebut dengan jarak yang betul di atas kertas lembaran kerja bergaris satu. Aktiviti yang berbentuk permainan berkumpulan ini akan membantu murid mengecam perkataan dari setiap keluarga huruf yang telah diperkenalkan dengan lebih cekap dan pantas serta berlumba untuk menyusun huruf-huruf membentuk  perkataan dengan jarak serta saiz huruf yang betul dan kemas.

Langkah 2

Murid akan diberi latihan menyalin perkataan dan frasa yang mudah menggunakan huruf-huruf dari  keluarga huruf pendek yang ditulis oleh guru di papan putih. Murid akan membuat latihan menulis tersebut di dalam buku latihan garis satu. Carta keluarga huruf yang disediakan akan menjadi pedoman untuk membantu murid menulis dengan bentuk, saiz dan jarak huruf yang bersesuaian, di samping pemantauan guru dan bimbingan rakan sebaya.



Langkah 3
Murid akan dilatih menulis huruf panjang ke atas dengan menyalin frasa dan ayat tunggal yang mudah yang ditulis oleh guru di papan putih. Murid akan menulis frasa dan ayat tersebut  di dalam buku garis satu berpandukan carta keluarga huruf. Guru akan memantau dan membimbing apabila perlu.

Langkah 4
Bagi sesi pengajaran yang seterusnya pula, murid akan dilatih menyalin frasa dan ayat tunggal yang mudah  yang mengandungi huruf panjang ke bawah. Murid perlu menyalin frasa dan ayat tunggal  yang ditulis oleh guru di papan putih ke dalam buku garis satu dengan cekap dan kemas berpandukan carta keluarga huruf panjang ke bawah.

Langkah 5
Setelah sesi pengajaran berperingkat ini selesai, murid-murid akan diberi latihan menyalin ayat sebagai memantapkan kemahiran menulis murid. Murid akan dilatih menyalin satu ayat yang dipetik dari buku teks secara berulang sebanyak sepuluh kali. Ayat ini terdiri daripada perkataan dari keluarga huruf pendek, panjang ke atas dan panjang ke bawah. Pada peringkat ini juga, carta keluarga huruf masih  menjadi pedoman kepada murid. 
untuk menilai perkembangan hasil tulisan murid setelah proses pengajaran dalam kajian tindakan ini berakhir. Kesemua dokumen-dokumen ini akan dianalisis.
Setelah sesi pengajaran berperingkat ini selesai, murid-murid akan diberi latihan menyalin ayat menggunakan petikan pendek yang terdapat di dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 3.

Perancangan Cara Mengumpul Data

Data-data yang diperlukan untuk tujuan kajian ini akan saya kumpulkan melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. Semasa membuat pemerhatian, catatan lapangan yang tidak berstruktur akan digunakan untuk mencatat sebarang insiden, peristiwa, interpretasi insiden dan isu yang akan diperhatikan serta idea yang mungkin timbul semasa memerhatikan murid membuat latihan menulis. Pemerhatian dari hari ke hari akan membolehkan saya melihat perkembangan kemahiran  menulis murid-murid.

Saya juga akan memperoleh data melalui analisis dokumen yang akan dijalankan ke atas hasil latihan penulisan sampel kajian sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan ini. Hasil kerja yang dikumpul tersebut akan disemak dan dianalisis kandungannya setiap kali tamat suatu sesi pengajaran dan pembelajaran, dan diberikan gred .
Selain daripada itu, data-data juga akan saya kumpul melalui kaedah soal-selidik. Dapatan dari soal-selidik ini akan dianalisis dan dijadikan sandaran untuk menilai keberkesanan teknik tiru dan tulis berpandukan carta keluarga huruf dalam memperbaiki kemahiran menulis mekanis murid-murid tahun 3 Meranti .

Perancangan Cara Menganalisis Data

Kesemua data yang akan dikumpul perlu dianalisis segera agar dapat membantu guru mendalami isu yang telah dikenal pasti. Data pemerhatian dianalisis berdasarkan catatan lapangan tidak berstruktur yang akan dijalankan sepanjang tempoh kajian tindakan berlangsung. Analisis akan dilakukan secara perbincangan serta analisis aspek-aspek tidak terduga.
Analisis kandungan akan dilakukan ke atas hasil kerja murid  yang telah diberikan secara berperingkat sepanjang tempoh kajian tindakan untuk mengesan sebarang perubahan yang berlaku dalam proses menilai perkembangan kemahiran menulis murid. Borang penyemakan tulisan beserta skema pemberian gred akan menjadi instrumen yang membantu guru menganalisis data-data tersebut untuk menilai pencapaian atau perkembangan kemahiran menulis murid sepanjang proses tersebut.
Di samping itu, saya menggunakan triangulasi sumber dengan meminta bantuan dua orang guru untuk menyemak hasil kerja murid dan seterusnya  memberi pandangan tentang masalah tulisan murid-murid tahun 3 Meranti. Dua orang guru ini juga akan turut menyemak hasil kerja murid  sebelum, semasa dan selepas program dijalankan.

Selain daripada itu, saya juga akan menganalisis hasil soal selidik ringkas untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung latar belakang, minat dan pandangan murid tentang program kajian tindakan yang bertujuan untuk membantu guru dalam membimbing murid-muridnya agar dapat menguasai kemahiran menulis mekanis dengan cekap.

Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Sebelum menjalankan sesuatu tindakan, perancangan yang rapi adalah sangat perlu dalam memastikan kelancaran proses. Perancangan yang rapi juga akan membantu pengkaji mematuhi waktu yang telah ditetapkan untuk memastikan kajian dapat disempurnakan. Bagi tujuan kajian tindakan ini , perancangan pelaksanaan tindakan  terbahagi kepada dua bahagian  iaitu Jadual Pelaksanaan dan Kos Kajian.








Bil
Aktiviti
Waktu  Pelaksanaan
JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
JUL
OGO
DIS
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
1
2
1
Membuat pembacaan teliti untuk memahami Kajian Tindakan..
































2
Mengadakan rundingan dengan pentadbir sekolah untuk mendapatkan kebenaran mengajar bahasa Melayu bagi tujuan Kajian Tindakan.
































3
Meninjau p&p bahasa Melayu bagi kelas-kelas tahun 3 di SK Jati.
































4
Mengenal pasti masalah dan membuat tinjauan literatur.
































5
Menjalankan P&P B.Melayu untuk mengenal pasti fokus kajian dan
pengumpulan data awal.
































6
Menentukan fokus kajian dan membuat huraian.
































7
Membuat analisis data awal untuk kajian tindakan.
































8
Membincangkan kekuatan dan kelemahan kaedah Titu.
































9
Membuat rancangan kajian tindakan.
































10
Membuat  anggaran kos kajian.
































11
Menulis draf proposal kajian tindakan.
































12
Menghantar draf untuk semakan pensyarah.
































13
Mengedit draf proposal dan membuat pemurnian
































14
Menghantar proposal Kajian Tindakan  untuk semakan pensyarah.



































Bil
Aktiviti
Waktu  Pelaksanaan
JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
JUL
OGO
DIS
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
1
2
15
Membuat rundingan kedua dengan pentadbir SK Jati untuk melaksanakan kajian tindakan.
































16
Melaksanakan kajian tindakan langkah 1, 2 , 3, 4, 5 dan mengumpul data.
































17
Membincangkan kekuatan dan kelemahan kajian tindakan yang telah dijalankan dengan guru bahasa Melayu tahun 3M dan guru panitia.
































18
Menganalis data-data yang diperolehi.
































19
Membuat refleksi kajian.
































20
Menulis  laporan  kajian tindakan.
































21
Menyediakan laporan kajian tindakan untuk pembentangan.
































22
Membentangkan hasil laporan kajian tindakan untuk makluman JPM

































Jadual  1 : Rancangan Pelaksanaan Tindakan







Kos Anggaran Perbelanjaan

Kos yang dianggarkan bagi menjalankan kajian tindakan adalah seperti yang ditunjukkan dalan Jadual 2 di bawah.

Bil
Jenis Bahan
Kuantiti x Harga Seunit
Jumlah Kos
1.
Kertas A4 ( Lembaran Kerja)
1 Rim x RM 12
RM 12
2.
Buku Tulis Garis Satu
36 x RM 0.60
RM21.60
2.
Kad Manila ( Carta Mini )
20 x RM 1
RM 20
3.
Pen Penanda Kekal
4 x RM 3
RM 12
4.
Pen Penanda Papan Putih
4 x RM 3
RM 12
5.
Dakwat pencetak (hitam)
1 x RM 65
RM 65
Jumlah
RM142.60

Jadual  2 : Kos Anggaran Kajian


Refleksi
Alhamdulillah. Saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi di atas kesempatan yang telah diberikannya sehingga dapat juga saya menyempurnakan tugasan yang diberikan. Tugasan Kajian Tindakan Bahasa Melayu Rendah  ini menghendaki saya menelusuri permasalahan yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu serta menentukan isu yang akan menjadi fokus kajian. Saya juga perlu membuat sorotan literatur berdasarkan isu kajian dan menyediakan proposal bagi kajian tindakan ke atas isu yang saya pilih.
            Sebelum memulakan tugasan saya telah meneliti nota-nota yang dibekalkan oleh pensyarah serta membaca contoh-contoh kajian tindakan yang dipaut dari laman sesawang. Saya turut mentelaah buku Kajian Tindakan untuk PISMP serta jurnal bahasa di samping membuat tinjauan menggunakan buku-buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Saya turut membuat pautan laman-laman sesawang bagi mendapatkan maklumat berhubung isu keperihatinan saya iaitu penguasaan kemahiran menulis mekanis.
            Penulisan proposal kajian tindakan ini agak lewat dimulakan kerana saya menghadapi masalah untuk membuat kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu memandangkan saya mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris. Adalah sukar bagi pentadbir sekolah untuk memberi ruang buat saya mengajar bahasa Melayu kerana saya bukan seorang guru pelatih yang menjalani latihan mengajar. Saya terpaksa berunding dengan pentadbir dan guru yang mengajar bahasa Melayu bagi kelas tahun 3  agar membenarkan saya memantau proses pengajaran yang dikendalikan oleh beliau . Setelah seminggu memantau , saya terus memujuk guru bahasa Melayu ini dan mengasaknya dengan pelbagai soalan berhubung gaya pembelajaran murid yang mempengaruhi kemajuan pelajaran. Beliau akhirnya mendapatkan persetujuan pentadbir sekolah untuk membenarkan saya mengajar dua waktu bahasa Melayu apabila perlu sahaja.


            Semasa membuat sorotan literatur tugasan ini, saya sangat kagum dengan keupayaan para pengkaji lain yang telah membuat kajian dengan pelbagai kaedah yang sesuai dengan fokus kajian. Dapatan dari kajian mereka sangat berguna dan menjadi titik tolak kepada permulaan proposal kajian tindakan saya. Di samping itu, saya turut berkongsi pengalaman dengan guru-guru lain yang turut mengajar murid-murid tahun 3 Meranti.  Alhamdulillah, setelah itu saya tidak menghadapi halangan yang besar untuk membuat huraian terhadap isu keperihatinan saya.
            Tugasan ini tergendala seketika apabila memasuki fasa terakhir di mana cara mengumpul dan menganalisis data tidak dapat saya lakukan. Saya terpaksa membaca beberapa artikel kajian dari jurnal disamping mentelaah tajuk tersebut dari buku-buku kajian tindakan  untuk sempurnakan cara mengumpul dan menganalisis data bagi proposal ini. Sesungguhnya, tugasan ini sangat berfaedah dan telah memainkan peranan yang penting untuk saya mengenal pasti dan memahami isu-isu pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mendalam.  Selain itu, saya juga berkesempatan menimba pelbagai ilmu melalui pembacaan jurnal-jurnal kajian tindakan terutamanya bentuk penulisan ilmiah untuk memperbaiki mutu tugasan saya di masa akan datang.
            Setelah semua bahagian tugasan ini saya siapkan, barulah terasa lega di hati. Namun begitu, saya sedar masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki dalam menyempurnakan tugasan kajian pada masa akan datang. Ribuan terima kasih buat para pensyarah yang dikagumi, rakan-rakan kuliah dan guru-guru sekolah ini yang tidak lokek berkongsi ilmu serta tidak dilupa keluarga tercinta yang sentiasa menyokong perjuangan saya di medan pengajian ini.




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Sila Datang Lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan